walaupon semalam hari rabu iaitu hari sekolah dan hari ni semua kene g skolah, tapi mak amek jugak aku petang tu. sebab aku ckp kat mak ramai nak balik awal. lagipon dah bape kali tangguh nak balik. encik anwar la ni dah bape kali tangguh nak bg briefing pasal praktikal. so hari rabu lepas habes briefing terus la aku balik meninggalkan fuad yg tengah struggle dgn final die. siap fuad buat smiley sedih lg. tapi aku dah naikkan wall ko banyak ko pon ade ramai subcon kan?? so x pe la kan ?? hehe memandai aku je.
pagi ni, hari khamis aku on9 macam biase. mak bagi mesej suruh siap2 nak pegi alor setar. mak xtau nak pegi macam mana tapi mak plan biar kami adik beradik pegi dulu naik kereta api. mak pegi kemudian. macam tu plak? xnak la. nak pegi dengan mak sekali. memang mak ada kereta tapi mak sorang je boleh bawak kete time tu. aku xde lesen ijan pon xde lesen jugak. mak kan dah tua mana larat nak bawak kete jauh2. sebab tu ktorg xdapat nak melawat abah. dan juga ada sebab lagi yg kami je tau. tp kami memang x lupakan abah.
pagi tu tetibe afiq balik dari sekolah. pelik. rupanya mak telefon sekolah die mintak kebenaran nak balik sebab nak tengok abah. pastu mak ingatkan sekali lagi siap2 cepat. ktorg still buat aktiviti macam biasa. aku xtau keseriusan hal ni.
11.15 a.m.
mak call. "...dengar sini baik2. tenang dulu. td pak ngah kamu call. abah kamu dah xde....."
dengan bantuan kawan mak dan anak lelaki die, ktorg bergerak ke alor setar dengan 2 kereta. macam2 perasaan bercampur masa tu. sedih, marah, menyesal. lepas asar sampai la rumah maksu. kosong....sunyi...lengang.... tinggal beberapa jiran dengan saudara mara je. abah dah selamat dikebumikan. sambil duduk aku terpandang kerusi roda dengan beberapa kain pelikat tersidai. dalam hati aku, tu mesti kerusi roda yg abah pakai. kain pelikat tu plak mesti pakai untuk tutup abah. dalam hati aku, hampa... aku xdapat nak tengok abah buat kali terakhir. dalam hati aku, marah... nape maksu x suruh semua orang tunggu ktorg. maksu tau kan ktorg otw. dalam hati aku, kecewa.... x dapat cium dahi abah macam orang lain buat.
dalam tengah bersedih dengan perasaan kecewa dan marah, maksu tunjuk muka. depan semua orang termasuk jiran2 yg kami langsung x kenal, maksu marah kami, x cukup dengan maksu, mak caq plak keluar menambah garam ke luka. ditambah dengan kak suria plak. sampai tertunduk kami adik beradik. yg jadi sasaran utama, ijan. sambil tu selit nama mak sekali. dah puas melabel kami macam2 sampai langsung x hiraukan maruah kami, dorang mintak maaf sambil berpelukan macam xde pape yg berlaku.
plan asal, 1 kete stay kat rumah ni. esok boleh la tengok kubur. ibarat luka yg disapu dengan garam, lepas peristiwa tadi, kami x terasa nak panaskan punggung lebih lama kat situ. semua merayu kat mak nak balik. dan... kami bergerak pulang malam tu juga.
di atas adalah catatan pada April 28, 2011.
seminggu sebelum,
pagi aku dikejutkan dengan call dari pak ngah langkawi. pak ngah tanya khabar. lepas tu tanya bila nak datang tengok abah. abah dah 50-50 dah. bukan x sudi tengok abah. tapi kami dah lali dengan taktik pak ngah.
minggu yg sama,
aku terbangun dari tido dengan perasaan yg pelik. mencuba imbas kembali. kali ni mimpi tu lain sikit. dalam mimpi tu aku x paham ape yg aku nampak. tapi umpama director yg hanya die sorang je paham sinopsis cerita die, dalam mimpi aku tu maksudnya abah meninggal. mimpi.... kadangkala cuma mainan tido.
![]() |
| mak, abah dan aku |
