Showing posts with label diaries. Show all posts
Showing posts with label diaries. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

the most lonely person on her birthday

bangun pagi, macam biasa
lepas brunch, macam biasa
tengah hari, macam biasa
budak2 ni semua macam biase je

eh, betul ke hari ni birthday aku?
check kalender
eh, betol la
tapi....

lambatnye mak balik
selalunye time camni mak dah balik dah
oh, tetibe je aku terpikirkan sesuatu
mesti mak balik lambat sebab tengah pening kepala kat kedai
nak cari hadiah utk aku
hehehe...

lepas mak balik
aku buat2 x berminat
aku nampak ade 1 plastik atas katil mak
agak2 nye ape la tu kan
hehehe...

lepas maghrib
ramai2 baca yasin
lepas tu
semua nyanyi lagu birthday
ijan tuang bedak aiken atas kepala aku
aku tengah bertelekung plak tu
aku intai plastik tadi
dah kosong
aku ternampak baju kurung baru tergantung kat tingkap
saiz mak
maknanye....
habes hadiah aku mana?
aku tanye mak
mak sengeh2 je
nampaknye 1 hadiah pon xde tahun ni

*forever alone

Saturday, 28 April 2012

APRIL 28

aku baru je sampai dari seri iskandar semalam. perjalanan melalui jalan kampung ambil masa hampir 2 jam. pagi ni dah semestinye bangun lambat sebab penat (walaupon hari2 mmg aku ske bgn lambat).

walaupon semalam hari rabu iaitu hari sekolah dan hari ni semua kene g skolah, tapi mak amek jugak aku petang tu. sebab aku ckp kat mak ramai nak balik awal. lagipon dah bape kali tangguh nak balik. encik anwar la ni dah bape kali tangguh nak bg briefing pasal praktikal. so hari rabu lepas habes briefing terus la aku balik meninggalkan fuad yg tengah struggle dgn final die. siap fuad buat smiley sedih lg. tapi aku dah naikkan wall ko banyak ko pon ade ramai subcon kan?? so x pe la kan ?? hehe memandai aku je.

pagi ni, hari khamis aku on9 macam biase. mak bagi mesej suruh siap2 nak pegi alor setar. mak xtau nak pegi macam mana tapi mak plan biar kami adik beradik pegi dulu naik kereta api. mak pegi kemudian. macam tu plak? xnak la. nak pegi dengan mak sekali. memang mak ada kereta tapi mak sorang je boleh bawak kete time tu. aku xde lesen ijan pon xde lesen jugak. mak kan dah tua mana larat nak bawak kete jauh2. sebab tu ktorg xdapat nak melawat abah. dan juga ada sebab lagi yg kami je tau. tp kami memang x lupakan abah.

pagi tu tetibe afiq balik dari sekolah. pelik. rupanya mak telefon sekolah die mintak kebenaran nak balik sebab nak tengok abah. pastu mak ingatkan sekali lagi siap2 cepat. ktorg still buat aktiviti macam biasa. aku xtau keseriusan hal ni.

11.15 a.m.

mak call. "...dengar sini baik2. tenang dulu. td pak ngah kamu call. abah kamu dah xde....."

dengan bantuan kawan mak dan anak lelaki die, ktorg bergerak ke alor setar dengan 2 kereta. macam2 perasaan bercampur masa tu. sedih, marah, menyesal. lepas asar sampai la rumah maksu. kosong....sunyi...lengang.... tinggal beberapa jiran dengan saudara mara je. abah dah selamat dikebumikan. sambil duduk aku terpandang kerusi roda dengan beberapa kain pelikat tersidai. dalam hati aku, tu mesti kerusi roda yg abah pakai. kain pelikat tu plak mesti pakai untuk tutup abah. dalam hati aku, hampa... aku xdapat nak tengok abah buat kali terakhir. dalam hati aku, marah... nape maksu x suruh semua orang tunggu ktorg. maksu tau kan ktorg otw. dalam hati aku, kecewa.... x dapat cium dahi abah macam orang lain buat.

dalam tengah bersedih dengan perasaan kecewa dan marah, maksu tunjuk muka. depan semua orang termasuk jiran2 yg kami langsung x kenal, maksu marah kami, x cukup dengan maksu, mak caq plak keluar menambah garam ke luka. ditambah dengan kak suria plak. sampai tertunduk kami adik beradik. yg jadi sasaran utama, ijan. sambil tu selit nama mak sekali. dah puas melabel kami macam2 sampai langsung x hiraukan maruah kami, dorang mintak maaf sambil berpelukan macam xde pape yg berlaku.

plan asal, 1 kete stay kat rumah ni. esok boleh la tengok kubur. ibarat luka yg disapu dengan garam, lepas peristiwa tadi, kami x terasa nak panaskan punggung lebih lama kat situ. semua merayu kat mak nak balik. dan... kami bergerak pulang malam tu juga.

di atas adalah catatan pada April 28, 2011.


seminggu sebelum,

pagi aku dikejutkan dengan call dari pak ngah langkawi. pak ngah tanya khabar. lepas tu tanya bila nak datang tengok abah. abah dah 50-50 dah. bukan x sudi tengok abah. tapi kami dah lali dengan taktik pak ngah.


minggu yg sama,


aku terbangun dari tido dengan perasaan yg pelik. mencuba imbas kembali. kali ni mimpi tu lain sikit. dalam mimpi tu aku x paham ape yg aku nampak. tapi umpama director yg hanya die sorang je paham sinopsis cerita die, dalam mimpi aku tu maksudnya abah meninggal. mimpi.... kadangkala cuma mainan tido.

mak, abah dan aku

Tuesday, 1 November 2011

si comel ni dah xde

DEWI
umur seminggu. dah bukak mata :)

anak kucing yg aku bela sendiri. sebab mak die dah mati. setiap 2 jam aku bg die susu. bukan susu tepung.....susu kambing segar okey. 

                                     
DEWI minum susu kambing tu....

bgn pagi...bg die susu dulu....sblm tido bg susu dulu. lbh kurg 6x sehari la jgak nk bg susu. hadoih. belum lg die terkencing terberak. aku jgak la nk kena lap. basahkan sket...pastu kena keringkan balik. tukar kain tempat tido die. ske plak DEWI aku lap2 bontot die. mula-mula die minum susu pakai syringe...pastu mak belikan botol susu. manjekan ???

       heeeeeeee.... da kenyang tu lg la mengada. nak tido kt tengkuk aku la....atas tangan la...atas lengan. hishhhhh...kucing ni. picit kang...hahaha. walaupon penat...disebabkan sayang aku layan jgak. yela umur pon xsampai seminggu lg kena jaga betol2. ni la masa kritikal. dalam tempoh seminggu tu, aku agak dia akan ok kot. sbb DEWI ni cergas je. menjerit sampai berdesing telinga aku. nk bg botol pon memanjat-manjat sampai calar tgn aku. aku plak yg luka parah....haha.

       dalam 2 hari ni DEWI agak pelik. sebab die berak cirit ( sory ). die byk sgt tido sampai x bgn minum susu. aku plak yg kena usik die sampai bgn. sblm ni die minum minimum 6x sehari. sekarang 3 kali sehari tu pon aku yg paksa dia bgun. da la sket je minum. xluak pon susu dlm botol tu. agak risau di situ ye. subuh hari ni...aku check bdn dia basah. sbb dia tido atas kencing dia sendiri. aku lap bg kering. tp badan DEWI sejuk gak. dia nk tido atas tgn aku tp aku letak blk dia dlm bakul. sbb aku nk tido....hehe. sian dia mengiau. aku wat pekak je sbb da ngantuk sgt.

       tgh hari... tetibe aku dgr DEWI berbunyi. panjang, nyaring. melompat la aku pegi ke bakul die. tgk2 je...air liur die da meleleh. DEWI da meronta-ronta. aku pegang la bdn dia. rasa perut dia. sejuk. mak ckp kucing kalau badan sejuk....susah sket. sedeh tau x. aku tau aku dah x boleh nak buat ape2 lagi. yang aku mampu, aku letakkan tangan bawah kepala die. macam yang DEWI suka....tidur atas tangan aku. aku cume boleh tengok je die meronta-ronta. menarik sisa nafas yang ada...sampai tiba-tiba...DEWI x bergerak lagi. aku pon x sedar dah berapa lama aku pinjamkan tangan aku untuk anak kucing yang dah bernyawa tu. sah anak kucing tu dah x bernyawa bila aku tarik je tangan, badan DEWI dah keras. cepatnye....


       sedihnya bila tengok anak kucing yang ditatang betol2 dah xde. aku dah jaga DEWI lebih dari mak dia sendiri. sejak hari pertama DEWI lahir. sejak DEWI lahir la aku melekat je kat rumah. mak punye la terkejut bila aku bagitau yang DEWI dah mati lepas je mak balik rumah. semua x sangka sebab DEWI memang nampak sihat. aku sorang je yang tau DEWI memang x sihat. nampak sangat aku sorang yang bela. petang tu mak ngan afiq yang tanam DEWI dekat sebelah kubur mak die, SITI. sambil aku intai dorang tanam DEWI, aku pon lap almari tempat DEWI dilahirkan. hishhhhh...meleleh air mata la plak. kat bilik aku tu la tempat SITI beranak, DEWI lahir, SITI mati bawah katil, malam2 aku letak bakul DEWI sebelah bawah katil aku. chaos....sekarang semua dah xde. yang tinggal barang kucing ni.




 dalam bakul pink dia...comeynyeeeee


 nampak gebu la dia



Tuesday, 25 October 2011

kisah kucing bersalin songsang

ni kisah kucing yg baru je family aku bela adalah dlm baru 3 bulan kot kalau x silap. kucing ni x bertuan. so adik aku bawak balik rumah bg mkn walaupon sepatutnye rumah kuarters aku ni x boleh bela binatang. sampai skrg kucing xde nme lg. mak aku sje je panggil die SITI. aku plak gatal bg nme BEDAH. pastu gabungkan jd SITI NURBEDAH. (duhhhhh....nama ape ni hahaha.)
penyayang taw kucing ni. suka jilat orang. dgn muka orang sekali. pedih la plak. lidah kasar.
die jilat boyfren die. sweet <3
19/10/2011 @ wednesday


        waktu maghrib kucing ni sakit nk bersalin. mak mmg da suruh aku kemas almari bilik aku da. awal2 agak memberontak la...apsal almari aku plak....baju nk campak mne ni mak...haiyaaa. aku pon seret la kucing tu masuk bilik. mula2 mmg kucing tu x sudi. maklumla bilik aku x wangi mana pon. last2 die surrender n die sendiri masuk dlm almari tu balik....haaaaa. tawu pon.

       nk dekat tgh malam ktorg saje la intai. aik...berjam-jam menyorok xkan ade sekor je anak? (biar la dulu...layan chat dulu hehehe). syok2 tgh chat, SITI ni keluar duduk mengadap muka aku plak. dan2 die meneran dpn aku. (eh....nak beranak pon kena berteman ek?) aku urut la perut die...konon2 nk tolong la kan. tp x keluar pape plak. kesian tgk die teran separuh mati. byk kali die keluar masuk almari. still baby x keluar. then aku ternampak ada benda bulat kat belakang die, baby dlm sarung lg. da ok la tu kot. tp SITI still keluar masuk dgn bende bulat tersembul kat belakang die. ada gak aku terpikir anak dia tersangkut. SITI pon asyik teran depan aku je. kesian tengok die. malam ni aku x tido langsung. pastu aku bising sbb x dpt tido sampai 1 rumah pon x tido jugak...hahaha.


       esok pagi still xde anak lg. SITI ni plak cam xde pape siap turun naik tangga lg. tgh hari SITI meneran kat dapur. aku ngan adik tolong la urut2 perut die. mcm ada yg dah terkeluar.....tp  bentuk pelik. yg pasti bukan kepala. lepas mak balik dari sekolah plak...mak bwk balik kawan. ustazah. kononnya dpt tolong la baca doa apa2 ke. (xmembantu pon...) bila tgk lg sekali apa yg terkeluar kat belakang SITI, baru aku tau sbb baru masa tu nampak bentuk yg sebenar. rupanya kaki anak dia yg terkeluar. SAH....kelahiran songsang !  terus ktorg menuju ke KLINIK HAIWAN SLIM RIVER. dgn aku yg pakai selekehnya....(igt nk tlg hantar kucing dlm kereta je) .


       pegawai kat situ x reti wat keje pon. bius pon x ada. nak tau apa org tu wat. sorg pegawai lelaki pegang kucing, sorg lg tarik kaki anak kucing yg terjuih sket tu SAMPAI KAKI BABY TU HANCUR ! Ya Allah...aku dengar SITI meraung yg aku dpt bayangkan mcm mana sakitnya. SEBAB KUCING TU X DIBAGI UBAT BIUS. bayangkan seorang perempuan yg nk bersalin direntap-rentap anaknya dari saluran peranakannya. KEJAM. x ada naluri sayangkan haiwan langsung. mak aku tutup telinga lari kuar dari bilik rawatan. x sanggup nak dengar.


       lepas pegawai tu beredar, aku masuk la tgk kucing tu. aku tnye la mana kaki baby tu. dia ckp dah hancur. kaki tu lembut sgt. WT_ ?????? da korang pon tarik guna sekuat tenaga jantan korg mmg la. kaki tu kecik je kot. then dia suruh tggu je. td da suntik hormon utk paksa kucing tu teran. konon tunggu die teran secara natural. nk tggu je ???? mak aku mmg x boleh tunggu. die srh org tu bukak internet, cari contact yg boleh dicari. nasib baik jumpa nama doktor pencen kt KUALA KUBU BHARU. dekat sket. ape lg...mmg mak aku drift la ke sana dlm masa x sampai sejam.


       sementara dlm kereta tu, SITI terus teran. habis tenaga die tp die still mampu menyahut bila aku panggil dia. anak die yg tersangkut kat belakang  tu dah pon terkuar sampai separuh. kaki baby dah mcm paha ayam. isi di paha......yg bwh tggl tulang. hancur kena tarik td. sampai rumah doktor je, dr. tu pon marah sbb tarik2 baby tu. kesian kat mak kucing tu. die check2....x guna gak tarik anak dia yg tersangkut tu. sbb dlm perut SITI still ada anak lg. anak dlm perut tu xkan keluar ikot tempat yg sama. so....OPERATE ! redha jela. drpd tgk SITI meraung x sampai hati plak. SITI dtinggalkan, esok baru boleh amek kalau dia dah sihat. insyaallah.....


       malam sket call dr. td nk tanya khabar SITI. dr. ckp  anak dlm perut tu hidup, dpt diselamatkan. yg tersangkut tu.......da nak mereput.....kepala die terputus da pon....tertinggal dlm perut mak die. ALHAMDULILLAH. ptg esoknye aku ngan mak jemput SITI ( cam jemput org je kan ? hehe ). aku bwk sekali anak die yg lahir dulu tu. anak die yg lahir operate tu dr bg nme CEASER...sbb die lahir ceasarean...haha. dr ckp SITI  x terima CEASER sbb kucing mmg camtu. kalau lahirkan anak operate, kucing xkan kenal anak tu sbb dia x nmpak anak tu lahir dan xde bau dia. ktorg letak anak die yg 1st tu, nama die DEWI ( klasik gitu ) sblh CEASER. tibe2 terus SITI jilat 2-2. baru la CEASER dpt menyusu setelah sehari.ajaib. tula perangai kucing.


       badan CEASER lemah. xde isi plak tu. agaknya sbb lama sgt die lemas dlm perut. dah la lmbat dpt susu ibu. kalau manusia, susu yg awal tu ada antibodi sbb tu lepas baby lahir kena terus disusukan. lepas sehari balik rumah, esoknya CEASER mati jgak masa ktorg xde kt rumah beli brg dapur. 

SITI dalam sangkar
muka x sihat...serabai je
kucing operate di tepi. bukan ditengah-tengah perut mcm manusia
SITI dgn DEWI tanpa CEASER

luka operate.

21/10/2011 @ Selasa


SITI dah lain. hari ktorg bg dia mkn ubat. minum susu, minum air. tp SITI xnak mkn. kucing sakit mmg xnak mkn. pagi ni, SITI berjemur dkt bwh ampaian. pastu dduk dapur lama2 sbb die nk minum byk2. hari tu dia langsung xnak nyusukan DEWI. dia menyorok bwh katil aku. smpai petang. mak suruh tarik die keluar. takut luka dia berkuman. masa tu bdn die dah lembik da. mak pon letak atas cusion lapik kain.


SUBUH - SITI yg menyorok bwh katil aku menjerit. serentak ngan DEWI yg kelaparan. aku ngan mak serentak bangun. aku watkan susu utk DEWI, mak plak tgk SITI. sambil bg DEWI susu, aku jenguk2 SITI. akhirnya....aku ngan mak tgk SITI menghembuskan nafas terakhir. kesian SITI. teruk jgak die terseksa. mak asyik ulang2....kucing ni baik...x byk kerenah (berdasarkan pengalaman bela kucing bertahun ). petangnya...beramai-ramai turun tanam SITI. sekarang tanggungjawab aku makin besar....kena bela DEWI yg umurnye x sampai seminggu lgpon. cabaran tu.
SITI menyorok bwh katil
saat-saat akhir SITI

Monday, 5 September 2011

hey u boyot!

yeah dude !
keep insulting people around you
go on
u'll never stop coz the only protector was no where to be found
that encourage u, LOSER !
striking the weak one
keep spelling the word
i'll memorized it till death
u are way too much
why dont u be professional
stop relating others
just point the fingers on me
even ISLAM tot us how to argue
 i tell u man
u just broke the family relationship
the minute u say 'SHIT' to her
i dont blame u
i know u are the one with no brain
talk and talk
on the lazy lounge
with cigarette between the fingers
and  shaked almost-blow belly
or should i spell ' LEMBAM ' ?
keep saying it
i have no guardian to back me up
but dont forget
WHAT GOES AROUND COMES AROUND
u'll get it one day
one by one
i have ALLAH that hears

p/s - yup....u are my kuli batak


* mintak maaf kalau entry ni agak biadap

Sunday, 10 July 2011

today is saturday....weehooo !!!

lame x update blog woi...
di kire lama la tu wlupon just bape ari je pon hahaha...
adeh...
penat sungguh beta hari ni
cuci bilik mandi yg berlumut
skali ngan cebok ngan rak toileteries pon aku sental
berkilat beb cam baru beli
hahaha
bilik aku pon da mcm stor
aku tarik sume kotak2 besar yg berisi baju
mesin2 jahit milik ' MAK MAH SDN. BHD. '

p/s mak mah adalah mak sedare saya ye
dan kini sy berada di rumahnye sementara nk praktikal ni
so mknenye sy mengemas rumah die la....ade phm ???

berbalik semula ~

wowwwwww
byk giler kertas2 yg da kene gigit ngan lipas
mmg aku berkwn ngan lipas la ni
lipas is my new besfrennnnnnnnnn ~ nyanyi jap
tarik tu tarik ni
mop tu mop ni
sapu tu sapu ni
sudahnye kaki penuh ngan taik lipas
eeeeeeeeeeeee......gelinye
mmg terlentang la aku pastu
nk smpai mgrib gak la bru settle
penat pon sempat lg aku singgah AEON AU2 hahaha
pegi psr mlm lg tu
bantai mkn byk2...tp xabes gak char kuey teow ni
laki mak mah ni pon bwk blk yong tau fu plak
perghhhhhhhh...memulas perut
last2 tgh type entry ni perot berbunyi lg ~ LAPO

aku ade beli selendang baru la weyh
kaler coklat utk pdnkan ngan blaus bru
blk umah...
damnnnnnnnnn....kaler x match lgsg    
-.-'
' macik psr mlm...ooo macik psr mlm
macik amek blk selendang ni bleh x ??
sy x ske lgsg ... '

Thursday, 23 June 2011

aku ke uitm - memorable spot

 THOSE BENCHES
HAVE STORIES


maybe pelik kn ngan tajuk
pasal ape aku ke uitm?
bkn aku blaja situ ke?
mmg la...tp sem ni aku praktikal
so pelik la...ape aku wat kt uitm lg
hahhhhhh.....RAHSIA
alkisah aku ngan wawa bermalam kt CEMARA
byk kenangan la kt sne
wawa kenangkan kisah cintun die
aku plak....SI ABAH
kt kerusi ni la selama 2 sem tempat aku selalu tggu abah
nk blk ujung mggu kan...hari jumaat....
seronok nye bile nampak family kte dtg amek
kt sni gak la drop hari ahad
rse cam bru je lg abah amek
skrg ni
aku xkan dpt rse lg da suasane tu
smpai bila2

lipasssssssssssssssss !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!
OMG !!
kt rumah ade lipas
kt ofis pon ade lipas
aku xde la takot sgt kt lipas
nampak lipas melintas bley lg
" biarlah....lipas tu tumpang lalu je pon "
xpon dgn sedapnye aku terpijak lipas dgn x berkasut
tp skrg
time aku tido die merayap kt dagu aku...
siku aku...
main roller coaster kt atas kaki aku...
sape x kene histeria beb hari2 kene serang ngan lipas
fobia aku
nahhhhhhhhhhh.....hamek ko !!!!!!!!!!!!!!!!!
biar korg takut skali....hahahahaha

Sunday, 5 June 2011

boring boring boring

whoaaaaa...mmg boring ah hari ni
dduk rumah sensorg
mak mah ngan laki dye blk kul 11 mlm
ni mmg betol2 ' BORED TO DEATH ' ni
da la kt office boring
rumah pon boring
dduk uma mak long best sket
kak min ngan kak eda ade
sunyi laaaaaaaaaaaaaaaaaa
dlm 2 hari ni boley la mak temankan
skang mak da blk boring gile

Friday, 20 May 2011

demam2 gi interview

hahhhh??? interview pe? keje ...? xla....praktikal la. dip pon xabes lagi. utk course aku ni mmg wajib prktikal masa part5 ni. lecturer bg list....so ktorg cari la sendiri. untung yg dpt praktikal dkt ngan umah. aku ? ipoh ade je....tp nama je dlm negeri tp jauh gak. so aku prefer area kl dan yg sewaktu dgnnya...sbb...sbb...sbb....ada sedara mare disitu...bley tumpang je rumah.. better dr kene cari rumah sewa :) . 


REMINDER : interview RABU,18mei, 11pg.


fuh...nsb baik aku da wat sket2 utk portfolio aku tu lega sket..xyah kelam kabut sgt. hari isnin aku da stat bising kt mak...mak x beli ink printer camne nk print portfolio ni...aduh risau2. ptg selasa baru beli guna duet sendiri..kesian plak tgk mak demam tp mak kne drive ke kedai. ijan pon demam skali. tah camne bley dmm serentak plak ni..haiyaallsola ! sampai rumah...OMG ! file xbeli !!!!!!!!!!!!! mane aku nk sepit keje2 aku tu nanti ????? cool....papehal print dulu. mlm baru nk print...ngah print je...printer ttbe senyap. ' ooo..da siap la tu '. tgk2 je paper habes...xpe2. aku isi la paper ( sambil menyelak2 paper yg da siap ). arhggggggggggggggg !!!!!!! ( pegang paper kuat2 sambil lihat ke langit dgn muka cam singa ).   -ink habes-
sayunye...isk3. 


nk dijadikan cite...sblm tido aku muntah2 ( xyah nk gatal2 ckp aku pregnant ke ape ). then aku dmm. sejuk menggigil2 la...nasib2...pagi nk interview ni. sok nye...menghadap la muka bos dgn muke toye. so sweet....T_T. 3 beranak dlm rumah demam...1 happy family at home.

Thursday, 12 May 2011

sape nk jawab ?

aduhhhh...serba salah jadinye. salah ke kalau aku ade perasaan camni? maybe sbb aku sunyi so aku main rembat je sesape. so...aku ikhlas atau sekadar cari tempat mengadu? aku nk ckp tp xsampai hati. ade peluang tp x terungkap.

persoalan yg x terjawab sampai bile2.

Wednesday, 4 May 2011

where's everybody ?

agak boring hari ni
mne sume org ???
aku rindu sume...
aku rindu..rindu...rindu
ade la
hehehe
my god !!!

Tuesday, 3 May 2011

chat chat chat

semalam chat ngan syahid sabil...lega dpt luahkan mcm2 kt die..wlupon ayat die skema habis ala2 motivator gitu...hahahaha....x bley blah.. 'itulah tujuan sy diciptakan sbg lelaki, utk mndgr dan menenangkan wanita'...hahahaha. mmg aku gelak sorg2 chat ngan ko. tp aku xckp la. kang touching plak. sungguh2 ko bg nasihat. eh...sumpah jht giler.... da la org tu sudi jd pendengar. mintak maap syahid.... :) btw...terima ksh byk2. lapang sket dada aku ni. syg ko...hehe. ske la chat ngan ko, alley cats. nnti kte chat lg la. wlupon bhse ko agk baku and formal...ala2 anas. hehehe...anas plak kena.

apsal dlm idop aku rmai sgt syahid ek ? stakat ni ade 4 yg aku  knl. aku sndri ssh nk eje nme dorg. ade syahid, shahid, shahir, syahir.....klu pon btol aku eje ni.....confius o.0

Thursday, 23 December 2010

kenduri kawen kak cik
kkak nad
bestfren aku
gambr pon xde spe yg upload agy
haishhh
tggu bas nk ke umah die pnye la awal
sblm kul 9 da trcongok kt bus stop
da la tmpt mnunggu pon ngah renovate
so aku diri jela
padehal aku bley dduk kt tgge jejantas
hehehe
9.30 am...
ade 2 bas lalu kt arah brtntngan nk g ke pkan
jap agy bas dr pekan tu msti amek aku plak
aku pkir
nk dkt kul 10
xde bas yg smpai
mule la bngang
aku pon mle trmnung jauh
ttbe ade org hon dpn mke aku plak
aku pndg
bas rpenye
hon aje ??
x berenti pon
aduhhhhh...geramnye
xpe2...jap agy ade la tu
tutttttt...tutttttt
mak cal plak
tnye da ade kt ne
sokkkk...sekkkk....sokkkk...sekkk
byeeee.....
aku agkat pale
wooooshhhh...
bas mara lalu dpn mke aku
aku pndg mke driver, driver pndg mke aku
cehhhhhh...
ni sdh lbih
bape lme aku trpcak kt sni
pastu aku tggu btol2 tepi jln
sape xnmpak aku mmg bute
last nk dkt kul 11 bru ade bas
sdih btol
tu pon bas capuk
bas tu tanak amek org asalnye
sbb die nk g bengkel
org yg nk g behrang je bley naik
aku pon wat mke kesian
terus keling tu ajak naik
aku xkesah da jnji naik bas sbb aku da pnt tggu
pas ikot bas tu mkn angin kt bgkel
die berenti kt poli plak
tkar bas...
huhhhhh...
sbr...xpe..jnji aku xkne tggu bas kt tepi jln lg
nk dkt smpai
knduktor yg cek tiket bru la nk cek tiket aku
aku wat mke bngang n terus lggar die pas aku pcit loceng
last2....smpai gak akhirnye
yeayyyyyy...

Monday, 13 December 2010

tenang

hari ni
tggl bertiga je kt umah
best plak
hehe
tenang sket
bley aku plak conquer tv siang smpai mlm
xde suare bdak yg xsyg mlutAlign Centre
waaaaaaaa...
tenangnyeeeee....

Thursday, 9 December 2010

sy jadi mummy !

ni la rpe aku utk bbpe ari ni
bkn utk berseronok
tp berubat ye...
dan...
jd mcm gmbr tu
totally not fun
& torturing
just muke
ngan jari je yg x balut
balutan ketat plak tu
worse...
pas 8 jam bru bley bkak balutan
aiyooyooo
sakit maaa
otw dr umah tukg urut nk blk umah pon
berselisih ngan org
mesti dorg nk pndg
taw la pelik
aku pon jeling la blk
dlm hati malu yg amat
sbb tu srh mak jgn lame2 kalo nk sggh mne2
mak ni pon jap nk g market la
g kdai jap la
g skola la
da la segan
nk ltk gmbar kt sni pon
lagi la sgn...
hehe....