Thursday, 23 June 2011

aku ke uitm - memorable spot

 THOSE BENCHES
HAVE STORIES


maybe pelik kn ngan tajuk
pasal ape aku ke uitm?
bkn aku blaja situ ke?
mmg la...tp sem ni aku praktikal
so pelik la...ape aku wat kt uitm lg
hahhhhhh.....RAHSIA
alkisah aku ngan wawa bermalam kt CEMARA
byk kenangan la kt sne
wawa kenangkan kisah cintun die
aku plak....SI ABAH
kt kerusi ni la selama 2 sem tempat aku selalu tggu abah
nk blk ujung mggu kan...hari jumaat....
seronok nye bile nampak family kte dtg amek
kt sni gak la drop hari ahad
rse cam bru je lg abah amek
skrg ni
aku xkan dpt rse lg da suasane tu
smpai bila2

lipasssssssssssssssss !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!
OMG !!
kt rumah ade lipas
kt ofis pon ade lipas
aku xde la takot sgt kt lipas
nampak lipas melintas bley lg
" biarlah....lipas tu tumpang lalu je pon "
xpon dgn sedapnye aku terpijak lipas dgn x berkasut
tp skrg
time aku tido die merayap kt dagu aku...
siku aku...
main roller coaster kt atas kaki aku...
sape x kene histeria beb hari2 kene serang ngan lipas
fobia aku
nahhhhhhhhhhh.....hamek ko !!!!!!!!!!!!!!!!!
biar korg takut skali....hahahahaha

Monday, 13 June 2011

SMILE AND EVERYTHING WILL BE JUST FINE.....trust me

ok..pagi ni ape mood korg ? HAPPY...sbb nk jumpa kwn2 ? MARAH...sbb ada seseorg cari psl ? TAKUT...sbb terlmbat nk ke kelas ? xpe...senyum je. lecturer bebel pon senyum je (wlupon muke cam mintak pelempang..kene mrh pon bleh sengih2 cam kerang tengik). nak taw sbb pe. mood kite hari ni depends pada pagi2 hari. kalau pagi tu kite stress...sepanjang hari kite stress. sbb tu better bgn pagi je..sambil duduk atas katil tu..senyum dulu lebar2..xkesah la ngah duduk sorg2 ke (make sure member xnmpak..nanti semua takut nk dekat). then...anda akan rasa sepanjang hari mood anda sgt baik. xde sape dpt wat anda marah. xcaye ?? try lah. aku cabar....


same gak kalau ade masalah. senyum je (jgn wat bodo plak...settle kn la prob tu..jgn plak aku suruh senyum korg wat bodo prob tu). tanamkan dlm hati kata2 yg positif. cthnye bru clash. ckp dlm hati ' xpe. die yg rugi. mne nk dpt org mcm aku ni. da la bodo..naseb da clash...gi basuh baju la kau '. ble kite menghadapi masalah sambil tersenyum...trust me...kite akan rasa masalah tu sekecik kuman je. kacang.


mmmm...byk lg ni. nk cite ntah korg caye ke tak. so baik korg discover sendiri. tgk betol ke x ckp aku ni.

NI ANTARA FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG SENYUM :)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak


3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .



9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


we'll be alright

jom kenali tulisan

Pertama : Tekanan 

i. Tekanan yang kuat 
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di 
bahagian belakang kertas. 
- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif 

ii. Tekanan yang ringan 
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. 
- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan 

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Ketiga : Kecondongan 

i. Condong ke kanan
-Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf)



Keempat : Kerapatan 

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z 

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri



Keenam : Pada palang huruf kecil T (t) 

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



kenali aku :
1.tekanan ringan
2.bentuk bulat2
3.condong ke kanan
4.jarak jarang2 (maybe)
5.J G Y Z besar panjang dan sempurna
6.T tengah2...
tah la...tulisan aku kdg2 brubah gak...HAHAHA

Sunday, 5 June 2011

boring boring boring

whoaaaaa...mmg boring ah hari ni
dduk rumah sensorg
mak mah ngan laki dye blk kul 11 mlm
ni mmg betol2 ' BORED TO DEATH ' ni
da la kt office boring
rumah pon boring
dduk uma mak long best sket
kak min ngan kak eda ade
sunyi laaaaaaaaaaaaaaaaaa
dlm 2 hari ni boley la mak temankan
skang mak da blk boring gile