Saturday, 28 April 2012

APRIL 28

aku baru je sampai dari seri iskandar semalam. perjalanan melalui jalan kampung ambil masa hampir 2 jam. pagi ni dah semestinye bangun lambat sebab penat (walaupon hari2 mmg aku ske bgn lambat).

walaupon semalam hari rabu iaitu hari sekolah dan hari ni semua kene g skolah, tapi mak amek jugak aku petang tu. sebab aku ckp kat mak ramai nak balik awal. lagipon dah bape kali tangguh nak balik. encik anwar la ni dah bape kali tangguh nak bg briefing pasal praktikal. so hari rabu lepas habes briefing terus la aku balik meninggalkan fuad yg tengah struggle dgn final die. siap fuad buat smiley sedih lg. tapi aku dah naikkan wall ko banyak ko pon ade ramai subcon kan?? so x pe la kan ?? hehe memandai aku je.

pagi ni, hari khamis aku on9 macam biase. mak bagi mesej suruh siap2 nak pegi alor setar. mak xtau nak pegi macam mana tapi mak plan biar kami adik beradik pegi dulu naik kereta api. mak pegi kemudian. macam tu plak? xnak la. nak pegi dengan mak sekali. memang mak ada kereta tapi mak sorang je boleh bawak kete time tu. aku xde lesen ijan pon xde lesen jugak. mak kan dah tua mana larat nak bawak kete jauh2. sebab tu ktorg xdapat nak melawat abah. dan juga ada sebab lagi yg kami je tau. tp kami memang x lupakan abah.

pagi tu tetibe afiq balik dari sekolah. pelik. rupanya mak telefon sekolah die mintak kebenaran nak balik sebab nak tengok abah. pastu mak ingatkan sekali lagi siap2 cepat. ktorg still buat aktiviti macam biasa. aku xtau keseriusan hal ni.

11.15 a.m.

mak call. "...dengar sini baik2. tenang dulu. td pak ngah kamu call. abah kamu dah xde....."

dengan bantuan kawan mak dan anak lelaki die, ktorg bergerak ke alor setar dengan 2 kereta. macam2 perasaan bercampur masa tu. sedih, marah, menyesal. lepas asar sampai la rumah maksu. kosong....sunyi...lengang.... tinggal beberapa jiran dengan saudara mara je. abah dah selamat dikebumikan. sambil duduk aku terpandang kerusi roda dengan beberapa kain pelikat tersidai. dalam hati aku, tu mesti kerusi roda yg abah pakai. kain pelikat tu plak mesti pakai untuk tutup abah. dalam hati aku, hampa... aku xdapat nak tengok abah buat kali terakhir. dalam hati aku, marah... nape maksu x suruh semua orang tunggu ktorg. maksu tau kan ktorg otw. dalam hati aku, kecewa.... x dapat cium dahi abah macam orang lain buat.

dalam tengah bersedih dengan perasaan kecewa dan marah, maksu tunjuk muka. depan semua orang termasuk jiran2 yg kami langsung x kenal, maksu marah kami, x cukup dengan maksu, mak caq plak keluar menambah garam ke luka. ditambah dengan kak suria plak. sampai tertunduk kami adik beradik. yg jadi sasaran utama, ijan. sambil tu selit nama mak sekali. dah puas melabel kami macam2 sampai langsung x hiraukan maruah kami, dorang mintak maaf sambil berpelukan macam xde pape yg berlaku.

plan asal, 1 kete stay kat rumah ni. esok boleh la tengok kubur. ibarat luka yg disapu dengan garam, lepas peristiwa tadi, kami x terasa nak panaskan punggung lebih lama kat situ. semua merayu kat mak nak balik. dan... kami bergerak pulang malam tu juga.

di atas adalah catatan pada April 28, 2011.


seminggu sebelum,

pagi aku dikejutkan dengan call dari pak ngah langkawi. pak ngah tanya khabar. lepas tu tanya bila nak datang tengok abah. abah dah 50-50 dah. bukan x sudi tengok abah. tapi kami dah lali dengan taktik pak ngah.


minggu yg sama,


aku terbangun dari tido dengan perasaan yg pelik. mencuba imbas kembali. kali ni mimpi tu lain sikit. dalam mimpi tu aku x paham ape yg aku nampak. tapi umpama director yg hanya die sorang je paham sinopsis cerita die, dalam mimpi aku tu maksudnya abah meninggal. mimpi.... kadangkala cuma mainan tido.

mak, abah dan aku

Saturday, 14 April 2012

the 'R'

kali ni nak cakap pasal salah satu subjek utk part 6 ni. subjek FURNITURE DESIGN III. credit hour utk subjek ni plak 2.0. subjek ni mula diambil masa ktorg part 3 lagi. tapi masa tu baru nak intro je. senang je keje. assignmentnye ktorg kene buat pamplet@brochure je. senang kan? best plak tu. bila submission dapat la tengok macam2 jenis design student. ada yg putih je sebab nak jimat kos print. ada yg gila kreatif pamplet bentuk kiub la, dalam kotak la,bentuk pelik2. ada yg awesome sebab pandai meng'edit'. yg comel2 pon ada. tp bukan sekadar design la. kena tau jenis-jenis furniture. contohnye macam kat bawah ni hah. yang dah tau malas nak baca pon xpe. xkesah la weh....

1. mobile furniture

2. built-in furniture
A cabinet is usually a box-shaped piece of furniture, either standing alone or built into or, like a medicine cabinet, attached to a wall

3. modular furniture
Movable partitions, cantilevered counters, pedestals, drawers, etc., to form room dividers and work surfaces

4. loose furniture
furniture which is independent of the building, such as chairs or tables.



5. stacking furniture
an ordered pile or heap of furniture


okeh aku rasa macam ada yg xde. serius aku lupa ada kategori apa lagi. apa ye?? alah lupa la plak. xpe lupakan. 


part 6 plak dah kena buat furniture saiz 1:1 ataupun full scale ataupun bahasa biasanya dalam saiz sebenar. pemilihan furniture ni pulak berdasarkan subjek ID. contohnya aku buat projek spa. so furniture aku mestilah sesuai dengan spa. aku pilih....COFFEE TABLE. dalam plan aku xde lounge chair so aku buat la coffee table. x best la buat yg besar2 sangat. nanti susah nak bawak balik rumah. hehehe. concept...LETTER R. xkesah la korang cakap x cantik ke apa. janji keje aku siap, submit, dapat markah. muehehehehe.....

top view
front view
left view
right view
1
2

ada technical error kat sini. sepatutnya meja ni kaler warm rose. tapi abang jai sesuke hati je buat warna merah. pastu boleh tanya plak ' eh ada tulis ke? '. aaaaaa???? apa abang jai ni? aku ada tulis la kat drawing tu. abang jai cakap ' ala bagitau lah lecturer, kalau nak order kaler yg kamu nak tu lambat. kaler tu jarang orang pakai so nak kena order dulu. lambat. lagipon kaler merah ni berlambak kat bengkel. kamu nak pakai banyak kan? ' 

mmmmm....okeh. nasib baik keje abang jai cantik.

Sunday, 1 April 2012

I PREFER....YOUNG LADY.

okey. sengaja membuat pembaharuan pada blog. nak buang sikit2 imej yg kebudak-budakan. yg ngada-ngada. yg gedik-gedik. seiring dengan peningkatan umur yg perlahan-lahan meninggalkan dunia remaja dan bakal memasuki dunia dewasa. walaupun kategori umur aku yg belum pon masuk 21 masih dikatakan muda....mmm entahlah. entah apa yg merasuk pon xtau lah. kata orang, pengalaman mematangkan kita. agaknya sebab dah banyak sangat melalui ujian dan masalah, so inilah hasilnya. xtau la nape aku asyik nak mention pasal masalah. macam la orang lain xde masalah. bukannya apa. adalah dalam setahun yang lepas memang aku hidup dalam masalah. masalah yang memang memberi kesan dari saat tu dan sampai bila2. sebab tu aku asyik termention je. dah...dah...mesti korang jemu dengar. entah pasal apa la aku buat entry ni. sebenarnya....aku sendiri pon xtau...hehe. saja...nak testing. 


nak bagitau yg.....IM A BIG GIRL NOW!

Friday, 2 March 2012

words for life

lama plak x usha blog. usha2 je... wahhh....banyak jugak benda yg aku dah lalu. perit jerih, sakit, jatuh, luka, benci. kisah ala2 sinetron pon ade. dan semuanye....PASS! yup... aku berjaya melalui semua dgn jayanya. tanpa mengeluh (ade sket kot). kadang2 aku sendiri x sangka akan jumpa dgn ujian yg mcm ni. tgk org lain mcm xde masalah idop je... xtau la plak kan. mane bleh x de? senang cerita...tahun 2011 adalah tahun yg sgt ^%&^$%^. banyak pengalaman ditolak org supaya aku jatuh.


dilanggar kiri dan kanan, depan belakang. disuap fitnah dan maki hamun. diludah dan dihina


semuanye oleh org yg tidak berakal. tp....setakat ni aku mampu utk menepis, pandang ke depan, bangun dan  berjalan pergi ke tempat yg lebih aman. mmg aku pernah tersadung....pernah tumpah air mata. tp xde gunanye sekadar bercangkung dan menangis dengan berlapikkan tangan tanpa cuba utk berpaut pada apa yg ada dan bangun dgn teguh. ye...aku dah merasa dihina dan dianiaya dgn teruk. tarik la aku...tp jgn tarik org disekeliling aku sekali.

ketika aku tgh goyah, org yg sepatutnye berjalan disamping aku, menyokong dan memapah aku, menarik tangan aku ke tempat yg lebih indah supaya aku tau aku tak keseorangan, die jugak berjalan pergi. tak hiraukan aku yg cuba memanggil die dan berharap die menoleh. meninggalkan aku yg terpinga-pinga dan tercari-cari tempat mengadu.

sekarang....aku cuma mampu tersenyum. kuasa senyuman tu dapat bagi kekuatan. dapat meyakinkan diri yg kita kuat.

BRING IT ON, BABY.....

Tuesday, 1 November 2011

si comel ni dah xde

DEWI
umur seminggu. dah bukak mata :)

anak kucing yg aku bela sendiri. sebab mak die dah mati. setiap 2 jam aku bg die susu. bukan susu tepung.....susu kambing segar okey. 

                                     
DEWI minum susu kambing tu....

bgn pagi...bg die susu dulu....sblm tido bg susu dulu. lbh kurg 6x sehari la jgak nk bg susu. hadoih. belum lg die terkencing terberak. aku jgak la nk kena lap. basahkan sket...pastu kena keringkan balik. tukar kain tempat tido die. ske plak DEWI aku lap2 bontot die. mula-mula die minum susu pakai syringe...pastu mak belikan botol susu. manjekan ???

       heeeeeeee.... da kenyang tu lg la mengada. nak tido kt tengkuk aku la....atas tangan la...atas lengan. hishhhhh...kucing ni. picit kang...hahaha. walaupon penat...disebabkan sayang aku layan jgak. yela umur pon xsampai seminggu lg kena jaga betol2. ni la masa kritikal. dalam tempoh seminggu tu, aku agak dia akan ok kot. sbb DEWI ni cergas je. menjerit sampai berdesing telinga aku. nk bg botol pon memanjat-manjat sampai calar tgn aku. aku plak yg luka parah....haha.

       dalam 2 hari ni DEWI agak pelik. sebab die berak cirit ( sory ). die byk sgt tido sampai x bgn minum susu. aku plak yg kena usik die sampai bgn. sblm ni die minum minimum 6x sehari. sekarang 3 kali sehari tu pon aku yg paksa dia bgun. da la sket je minum. xluak pon susu dlm botol tu. agak risau di situ ye. subuh hari ni...aku check bdn dia basah. sbb dia tido atas kencing dia sendiri. aku lap bg kering. tp badan DEWI sejuk gak. dia nk tido atas tgn aku tp aku letak blk dia dlm bakul. sbb aku nk tido....hehe. sian dia mengiau. aku wat pekak je sbb da ngantuk sgt.

       tgh hari... tetibe aku dgr DEWI berbunyi. panjang, nyaring. melompat la aku pegi ke bakul die. tgk2 je...air liur die da meleleh. DEWI da meronta-ronta. aku pegang la bdn dia. rasa perut dia. sejuk. mak ckp kucing kalau badan sejuk....susah sket. sedeh tau x. aku tau aku dah x boleh nak buat ape2 lagi. yang aku mampu, aku letakkan tangan bawah kepala die. macam yang DEWI suka....tidur atas tangan aku. aku cume boleh tengok je die meronta-ronta. menarik sisa nafas yang ada...sampai tiba-tiba...DEWI x bergerak lagi. aku pon x sedar dah berapa lama aku pinjamkan tangan aku untuk anak kucing yang dah bernyawa tu. sah anak kucing tu dah x bernyawa bila aku tarik je tangan, badan DEWI dah keras. cepatnye....


       sedihnya bila tengok anak kucing yang ditatang betol2 dah xde. aku dah jaga DEWI lebih dari mak dia sendiri. sejak hari pertama DEWI lahir. sejak DEWI lahir la aku melekat je kat rumah. mak punye la terkejut bila aku bagitau yang DEWI dah mati lepas je mak balik rumah. semua x sangka sebab DEWI memang nampak sihat. aku sorang je yang tau DEWI memang x sihat. nampak sangat aku sorang yang bela. petang tu mak ngan afiq yang tanam DEWI dekat sebelah kubur mak die, SITI. sambil aku intai dorang tanam DEWI, aku pon lap almari tempat DEWI dilahirkan. hishhhhh...meleleh air mata la plak. kat bilik aku tu la tempat SITI beranak, DEWI lahir, SITI mati bawah katil, malam2 aku letak bakul DEWI sebelah bawah katil aku. chaos....sekarang semua dah xde. yang tinggal barang kucing ni.




 dalam bakul pink dia...comeynyeeeee


 nampak gebu la dia