Monday, 13 June 2011

jom kenali tulisan

Pertama : Tekanan 

i. Tekanan yang kuat 
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di 
bahagian belakang kertas. 
- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif 

ii. Tekanan yang ringan 
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. 
- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan 

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Ketiga : Kecondongan 

i. Condong ke kanan
-Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf)



Keempat : Kerapatan 

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z 

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri



Keenam : Pada palang huruf kecil T (t) 

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



kenali aku :
1.tekanan ringan
2.bentuk bulat2
3.condong ke kanan
4.jarak jarang2 (maybe)
5.J G Y Z besar panjang dan sempurna
6.T tengah2...
tah la...tulisan aku kdg2 brubah gak...HAHAHA

No comments:

Post a Comment